Resepi Biskut Samperit


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Resepi biskut seterusnya menarik perhatian kami untuk dikongsikan kepada semua adalah biskut samperit ala tradisional .Apa yang kami faham dan tahu bentuk biskut samperit yang pertama kali dibuat atau diciptakan adalah berbentuk atau jenis memanjang .Zaman berubah tanpa kita sedari begitu jugalah biskut - biskut di masa kini ,jika dahulu bentuk biskut samperit memanjang tetapi hari ini kita boleh perolehi dengan pelbagai bentuk ,nama ,tampilan dan rasa .

Begitu juga kami tidak terkecuali tempias mengikut peredaran masa ,resepi asal biskut samperit tradisional tidak menggunakan apa - apa hiasan hanya bentuk memanjang kosong tanpa dihias apa - apa di atas biskut ini tetapi kami olah tampilan biskut samperit agar kelihatan menarik dengan taburan manik - manik berwarna - warni diatas biskut ini .

Masa kini terdapat pelbagai jenis biskut samperit yang boleh kita dapat dimana - mana saja ada samperit susu ,samperit dahlia ,samperit cheese serta bermacam - macam lagi .Dari segi rasanya pula ada yang mempunyai rasa milo ,susu pekat manis ,lemak manis ,strawberry dan sebagainya .Bagi sesiapa yang menikmati biskut samperit yang kami kongsikan disini ianya mempunyai tekstur gebu dan mudah cair serta rasa lemak manis bak kata orang "sekeping dua tidak puas".

Cara - cara dan bahan - bahannya pula tidaklah serumit biskut lain ,tetapi harus di ambil perhatian jika adunan resepi samperit ini dibuat sambil lewa ,kami pasti rasa dan tekstur akan turut terjejas .Oleh yang demikian kami kongsikan resepi biskut samperit yang ianya mengikut cara dan citarasa kami seperti mana yang tertera di bawah .

Adunan yang sudah dicampurkan ke semua bahan dan dijadikan doh seperti gambar diatas .

Masukkan doh ke dalam acuan kemudian pamkan/tekan ke bawah .

Proses rapikan biskut samperit . 

Biskut samperit yang sudah siap dibentuk kemudian ditabur manik berwarna diatasnya .

Biskut samperit yang sudah siap dihias dan dibakar .



Bahan - bahan seperti di bawah .
  • 1 - 300 gram butter .
  • 2 - 160 gram gula halus .
  • 3 - 100 gram tepung jagong .**
  • 4 - 160 gram tepung kastard .**
  • 5 - 240 gram tepung gandum .**
  • 6 - 1 biji telor .
  • 7 - 1/2 sudu kecil esen vanila .
  • 8 - Gula - gula manik warna - warni untuk hiasan .
  • - Bahan yang bertanda ** diayak bersama .

Cara - cara penyediaan seperti berikut .
  • 1 - Pukul butter dengan gula hingga kembang , kemudian masukkan telor dan esen vanila pukul lagi hingga sebati .
  • 2 - Masukkan kesemua jenis tepung , kemudian gaul biar rata dan sebati , uli hingga menjadi doh yang lembut .
  • 3 - Ambil sedikit adunan masukkan ke dalam acuan samperit dan pamkan ke dulang . Kemudian potong pendek ( ikut saiz kesukaan anda ).
  • 4 - Taburkan gula - gula manik sebagai hiasan . Bakar pada suhu 160'c selama 25 - 30 minit .
  • 5 - Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara .

Selesailah sudah resepi Biskut Samperit ala tradisional yang ianya mengikut cara dan citarasa kami .Jika anda mempunyai apa - apa pertanyaan tentang resepi ini ,sudi -sudilah ajukan kepada kami atau boleh terus komen disini ." Insha Allah " setiap kemusykilan yang diajukan oleh anda ,kami akan cuba selesaikan seberapa segera .Selamat mencuba .

0 Comments