Header Ads

Resepi biskut oat coklat susu.

Assalamualaikum dan Salam Mesra | Oat sejenis bijirin yang kaya dengan serat ,jika kita mengamalkan permakanan yang berasaskan oat ia dapat membantu memanjangkan tempoh rasa lapar dengan lebih lama .Kandungan serat ada pada oat juga baik untuk menjaga usus besar agar tetap bersih sepanjang masa .Fakta yang lebih menarik tentang oat ia dapat menurunkan berat badan seseorang jika diambil secara berhemah .

Berdasarkan fakta - fakta yang telah terbukti berkesan tentang oat ,kami tertarik untuk mengongsikan resepi yang berasaskan oat di dalam penyediaan resepi tersebut .Bagi sesetengah kalangan kita oat adalah bijirin wajib di ambil ,selalunya oat dinikmati ketika sarapan pagi .Untuk resepi biskut ini kami masukkan sekurang - kurangnya 80% bijirin oat di dalam adunanya .

Kami sarankan biskut oat coklat susu yang kami kongsikan di sini sangat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi ,terutamanya anak - anak yang di bangku persekolahan .Selain itu juga ia patuh diamalkan bagi mereka yang berdiet .Berikutnya kami kongsikan resepi biskut oat coklat susu yang ianya mengikut cara kami dan juga citarasa kami .

Biskut oat coklat yang sudah siap dan sedia untuk dinikmati.

Bahan - bahannya seperti berikut .
  • 8 cawan oat .***
  • 1 1/2 cawan gula halus .
  • 2 cawan serbuk coklat .
  • Minyak sapi - dicairkan .
  • Susu tepung untuk hiasan .
Bahan yang bertanda *** hendaklah dikisar halus .

Kesemua bahan disatukan kecuali minyak sapi dan susu tepung.

Minyak sapi dimasukkan sikit demi sedikit.

Kesemua bahan - bahan digaul sebati.

Doh dicanai kemudian diterap mengikut acuan pilihan kami.

Doh yang sudah diterap.

Biskut yang sudah siap dibakar.

Proses akhir biskut disaluti susu tepung.

Cara - cara penyediaan seperti yang tertera dibawah .
  1. Satukan kesemua bahan - bahan kecuali minyak sapi dan susu ke dalam bekas .
  2. Kemudian masukkan minyak sapi sikit demi sedikit lalu digaul rata hingga menjadi doh yang lembut .
  3. Pastikan adunan tidak menlekit ditangan ,rehatkan doh setengah jam .
  4. Ambil sedikit adunan ,kemudian canaikan dan terap dengan acuan .( Ikut selera apa bentuk acuan )
  5. Susun ke dalam dulang pembakar ,kemudian bakar di antara suhu 150 C selama 20 minit .( kepanasan suhu bergantung kepada oven masing - masing )
  6. Bila biskut sudah masak ,sejukkan kemudian salutkan dengan susu tepung .
Selesailah sudah resepi oat coklat susu yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami ,jika anda ada sebarang pertanyaan tentang resepi ini atau resepi yang sebelumnya diharap ianya diajukan kepada kami agar dapat diatasi atau dijawab dengan sebaik mungkin .Selamat mencuba .

1 ulasan:

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.