Header Ads

Resepi rendang buah nangka muda.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Mungkin ada dikalangan kita merasa janggal bila terdengar atau terbaca di mana - mana sumber yang memaparkan resepi rendang buah nangka muda .Apa tidaknya ,pada kebiasaanya kita sering disajikan dengan resepi masak lemak nangka muda atau gulai lemak nangka muda sama ada digulai bersama udang ,ayam atau daging .Mungkin juga kita sering menikmati masakan rendang yang berasaskan rendang ayam ,daging ,itik atau sebagainya tanpa mengetahui terdapat pelbagai sumber makanan atau bahan utama yang boleh dibuat masakan rendang .Kami pun begitu juga ,pada dasarnya seumur hidup tidak pernah merasa resepi rendang nangka muda .

Berpandukan pengalaman rakan facebook kami Puan Rozie Rahman yang disampaikan kepada kami melalui facebook chart ,rasa rendang buah nangka muda seperti rendang ayam ,lebih - lebih lagi jika  menggunakan buah nangka madu didalam proses penyediaan rendang tersebut .Berdasarkan pendapat yang dikongsikan oleh beliau ,sebelum kita memasak rendang nangka ,seharusnya buah nangka muda direndam ke dalam air garam buat seketika waktu supaya rasa buah nangka muda lebih lembut setelah dimasak rendang atau direbus terlebih dahulu .

Apa yang dikongsikan oleh beliau membuatkan kami begitu teruja untuk merasai sendiri kesedapan rendang buah nangka muda ditambahkan lagi seumur hidup tidak pernah mencubanya .Resepi ini juga tidak memerlukan bajet yang tinggi ,ianya juga boleh dimasukkan bersama ayam .daging ,sardin atau mengikut selera masing - masing .

Setelah kami mencuba sendiri ternyata apa yang disampaikan oleh rakan facebook kami benar ,rendang nangka muda ini sangat sedap setaraf dengan masakan rendang - rendang yang lain ,ia juga boleh dihidang seperti masakan rendang - rendang yang lain .Untuk itu kami kongsikan resepi rendang buah nangka muda yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami seperti mana yang tertera di bawah .

Rendang nangka muda yang sudah siap dimasak dan sedia untuk dinikmati .

Nangka muda yang sudah siap dicuci bersih .

Bahan - bahan seperti gambar di atas .

Bahan - bahan yang sudah siap di kisar halus .

Sedikit minyak di masukkan ke dalam kuali untuk menumis .

Kesemua bahan - bahan yang di kisar halus di masukkan bersama ke dalam kuali .

Setelah santan hampir kering ,nangka muda pula di masukkan .

Rendang nangka muda yang hampir - hampir kering dan sedia untuk di angkat dari dapur .

Bahan - bahan seperti berikut .
  • 1/2 kilo buah nangka muda .
  • 1 biji bawang besar .***
  • 5 ulas bawang putih .***
  • 1/2 inci halia .***
  • 1/2 inci lengkuas .***
  • 2 batang serai .***
  • 5 - 6 tangkai cili kering .***
  • 2 sudu besar serbuk kari .
  • 2 cawan santan pekat .
  • 1 batang serai di ketuk .
  • 1 helai daun kunyit .
  • 1 sudu besar kerisik .
  • Garam dan gula secukup rasa .
Bahan yang bertanda *** hendaklah di kisar halus .

Cara - cara penyediaan seperti yang tertera di bawah .
  1. Kopek dan cuci bersih kulit nangka muda dan potong mengikut saiz kesukaan ,besar atau kecil atau juga dadu .(Jangan terlalu besar saiz potongan)
  2. Kemudian rebus nangka muda hingga empuk dan toskan airnya .
  3. Panaskan kuali ,masukkan sedikit minyak untuk menumis .Masukkan bahan yang di kisar tadi dan rempah kari .
  4. Masukkan serai dan kacau hingga pecah minyak .
  5. Kemudian masukkan santan bersama daun kunyit dan kacau hingga mendidih .
  6. Apabila santan hampir kering ,masukkan garam dan gula ,kerisik serta buah nangka muda yang telah di rebus tadi .
  7. Kecilkan api dapur dan kacau perlahan rendang nangka supaya nangka tidak hancur .
  8. Apabila kuah hampir - hampir kering ,bolehlah ditutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan .
Selesailah sudah resepi rendang buah nangka muda yang ianya mengikut cara kami serta selera kami ,jika anda mempunyai apa - apa pertanyaan mengenai resepi ini sudi - sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau juga di syorkan komen terus di sini .Kami cadangkan rendang nangka muda ini juga boleh dinikmati bersama hidangan nasi lemak ,roti,nasi hujan panas atau mengikut selera masing - masing .Selamat mencuba .

2 ulasan:

  1. Rendang buah nangka .new resepi bagi CCL ..selalu buah nangka ni CCL akan masak gulai ataupun masak lemak .

    BalasPadam
  2. sy pernah makan rendang nangka ni tapi tak pernah buat...nanti boleh la cuba buat rendang nangka ni pulak..

    BalasPadam

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.