Header Ads

Resepi kuah kacang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Kuah kacang atau sambal kuah kacang adalah satu - satunya sos makanan yang sememangnya perlu ada di dalam menikmati makanan seperti nasi himpit ,ketupat nasi ,rojak buah ,rojak mee dan yang paling utama wajib ada kuah kacang ketika kita menikmati satay ,tidak kiralah apa jenis satay ayam ,daging atau arnab mesti ianya dicicah dengan kuah kacang .

Bagi kami kuah kacang adalah sejenis makanan atau sos yang wajib disediakan ianya tidak mengira musim atau suasana .Tanpa kuah kacang ,kami andaikan tiada makna apa yang kita nikmati terutama sekali satay .

Kuah kacang yang sudah siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.

Dari segi rasanya pula ianya terpulanglah pada selera masing - masing ada yang manis ,pedas ,lemak masin atau sebagainya .Sesetengah dari kalangan kita ada yang menyukai kacang tanah yang dikisar sedikit halus dan ada juga dikisar hancur sepenuhnya .Apa pun cara - caranya disini kami kongsikan resepi kuah kacang yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami seperti mana yang tertera dibawah .

Bahan - bahan seperti berikut .
  • 3 labu bawang besar .***
  • 6 ulas bawang putih .***
  • 1 inci halia .***
  • 1/2 inci lengkuas .***
  • 3 batang serai .***
  • 15 tangkai cili kering .***
  • 1/2 kilo kacang tanah .
  • 2 batang serai - diketuk .
  • 3 keping nisan kerek .
  • 1 liter santan .
  • 1 cawan minyak masak - untuk menumis .
  • Garam secukup rasa .
  • 1/2 cawan air asam jawa .
Bahan - bahan yang bertanda *** dikisar halus .

Bahan - bahan seperti gambar diatas.

Kacang tanah yang sudah diblender dan nisan kerek.

Tumis bahan - bahan yang sudah diblender.

Tumis hingga pecah minyak seperti gambar diatas.

Kemudian masukkan santan dan kacau manja.

Kemudian masukkan kacang dan nisan kerek.

Kemudian kacau dan masak hingga pekat.

Cara - cara penyediaan seperti yang tertera dibawah .
  1. Sangai/goreng kacang tanah tanpa minyak hingga masak .Kemudian buang kulitnya ,sejukkan dan blender kering kacang tanah tadi .
  2. Kisar halus bahan - bahan yang bertanda *** .
  3. Panaskan minyak ,tumis bahan - bahan yang diblender tadi serta serai yang diketuk .Tumis hingga wangi dan pecah minyak .
  4. Apabila sudah naik minyak ,masukkan kacang yang telah diblender ,kemudian masukkan santan .
  5. Bila sudah menggelegak ,masukkan nisan kerek dan garam serta air asam jawa .
  6. Masak hingga mendidih dan terbit minyak ,bila kuah agak pekat rasalah manis ,masin dan tutup api dapur .
  7. Kuah akan menjadi pekat bila sejuk ,jadi pandai - pandailah kita nak agakkan banyak mana santan yang hendak dimasukkan .Jika terlalu pekat bolehlah ditambahkan sedikit air .
Selesailah sudah resepi kuah kacang yang ianya mengikut cara dan citarasa kami seisi keluarga ,jika ada apa pertanyaan tentang resepi ini sudi - sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau juga Halaman About Me .Selamat mencuba .

2 ulasan:

  1. Terima kasih kongsi resepi kuah kacang.
    Mrs. A pun suka kuah kacang makan dengan ketupat atau nasi himpit paling suka kuah kacang hasil air tangan emak :-)

    BalasPadam

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.