Cara mudah semak saman trafik JPJ AES secara Online dan SMS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | AES - Automated Enforcement System ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca . AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan lampu isyarat . Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan & dihantar ke pusat kawalan AES kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ . 

JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan . Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia ( MIROS ) . Antara jenis - jenis kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES untuk setakat masa kini adalah memandu melebihi hadlaju dan melanggar isyarat lampu isyarat .

Oleh yang demikian untuk membolehkan orang ramai menyemak saman trafik JPJ AES secara online maka telah diwujudkan portal rasmi / laman web Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia bagi memudahkan semakan tanpa perlu hadir ke kaunter jabatan tersebut .Walaubagaimanapun semakan ini hanya untuk semakan SAMAN yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan - JPJ sahaja .

Berikut panduan ringkas seperti mana yang tertera di bawah cara - cara menyemak saman trafik JPJ AES online dan SMS tanpa perlu membuat pendaftaran / register terlebih dahulu sebelum login .

1 - Layari portal rasmi JPJ  Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

2 - Klik laman utama dan klik SEMAK SAMAN DISINI - SAMAN


3 - Pilih jenis - jenis senarai perkhidmatan di laman utama portal tersebut .

Contoh Panduan Seperti Di Atas

4 - Pilih atau klik carian pilihan .

5 - Isikan Kategori No. ID - MyKad / MyPR / Paspot / Polis / Tentera / Syarikat / Pertubuhan .

6 - Masukan kod sekuriti / captcha .

7 - Akhir sekali klik SEMAK - selesai .

Contoh Saman AES

Berikut sepertimana yang tertera di bawah panduan cara semak saman JPJ AES melalui SMS .

Taipkan : JPJ<jarak>SAMAN<jarak>NO KAD PENGENALAN ATAU NO KENDERAAN pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888 .

    Berikut sepertimana yang tertera di bawah senarai perkhidmatan yang disediakan melalui portal tersebut .

    1 - Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor .
    2 - Pendaftaran Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) .
    3 - Semakan Nombor Pendaftaran Terkini .
    4 - Semakan Status Permohonan Penubuhan Institut Memandu .
    5 - Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara .
    6 - Semakan Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh .
    7 - Semakan Keputusan Ujian Memandu .
    8 - Semakan Tarikh Ujian Memandu .
    9 - Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu .
    10 - Semakan Status Senarai Hitam .
    11 - Semakan Saman JPJ & AES .
    12 - Semakan Demerit .
    13 - Borang Permohonan SM1JPJ .

      Semoga dengan perkongsian panduan ringkas cara mudah semak saman trafik JPJ AES online dan SMS di atas dapat membantu para pembaca weblog mdruzaidaud menyemak saman dan menyeselasaikan saman - saman tertunggak serta ia juga dapat mengelak dari dimasukkan ke senarai hitam JPJ @ PDRM dan juga dapat menjimat masa dalam menguruskan perkara tersebut .

      Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

      PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

      2 Responses to "Cara mudah semak saman trafik JPJ AES secara Online dan SMS"

      Iklan Atas Artikel

      Iklan Tengah Artikel 1

      Iklan Tengah Artikel 2

      Iklan Bawah Artikel