Hikmah Larangan Persetubuhan/Berjimak Ketika Haid
Januari 27, 2018
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Wanita dalam haid sebenarnya mengalami perubahan hormon di dalam badan . Saluran darah di rahim dan faraj akan mengembang ,oleh kerana saluran darah adalah amat lembut, ia mudah pecah apabila berlaku kemasukan zakar pada faraj dan pangkal rahim.
Teori perubatan memperakui bahawa darah haid ada unsur-unsur penyakit. Dr. Muhammad Ali al-Bar dalam bukunya Daurah al-Arham (Fungsi Rahim) di bawah tajuk Haid Sebagai Penyakit menyatakan : “Keseluruhan dinding penutup rahim terpercik sepanjang tempoh haid. Setelah meneliti darah haid melalui kanta, kita dapat melihat pad titisan darah merah dan putih, terdapat kepingan dinding penutup rahim dan rahim menjadi luka bagaikan kulit yang mengelupas.”
Menurutnya lagi, “Oleh itu, rahim terdedah kepada serangan bakteria. Darah merupakan medium yang paling mudah untuk bakteria membiak. Semasa haid keluar, daya ketahanan rahim menjadi lemah untuk menghadapi serangan bakteria. Bakteria yang terdapat pada permukaan zakar boleh menyebabkan bahaya besar kepada rahim.
Ia bertambah bahaya lagi apabila daya ketahanan rahim untuk melawan bakteria sangat lemah ketika haid kerana sangat sedikit proses pengasingan saluran fallopio berasid yang membunuh bakteria.”
Persetubuhan semasa haid juga boleh menyebabkan radang rahim dan radang saluran fallopio yang membawa kepada kesakitan sepanjang hayat dan sukar diubati malah merebak kepada penyakit lain seperti berikut :
- - Radang yang berlanjutan kepada dua ovari pada rahim.
- - Radang yang berlanjutan ke saluran kencing.
- - Rasa kesakitan yang sangat kuat ketika haid.
- - Daya ketahanan yang berkurang.
- - Keinginan seks yang semakin berkurang dan cenderung untuk bersendirian.
- - Penyakit berjangkit kepada pasangan lelaki khususnya kebengkakan yang memberi risiko kepada organ kencing.
- - Kepeningan atau migrain.
Firman Allah SWT .Surah Al - Baqarah : 222 .
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّـهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ ﴿٢٢٢
Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”(Surah al-Baqarah: 222)
Walaupun ia adalah kotor, namun Islam tidaklah menyuruh supaya menyisihkan isteri ketika haid sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Mereka tidak mahu makan bersama, tidur bersama, malah tidak mahu isteri tinggal bersama ketika dalam haid.
Nabi SAW sendiri pernah makan dan tidur bersama dengan isterinya ketika isterinya dalam haid. Ini menzahirkan bagaimana Islam memuliakan wanita walaupun dalam keadaan haid. Wallahua’lam.
Sumber - Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Hikmah Larangan Persetubuhan/Berjimak Ketika Haid"
Catat Ulasan