Zakat Fitrah serta Kadar Bayaran bagi tahun 2018 / 1439H
Mei 19, 2018
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar.
Pengertian zakat dari segi bahasa adalah merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.Manakala dari segi hukum syarak iaitu mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu dan salah satu rukun ISLAM yang lima.
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- 1 - Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- 2 - Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- 3 - Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- 4 - Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Waktu menunaikan Zakat Fitrah terbahagi kepada :
- 1 - Waktu Wajib
- Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- 2 - Waktu Afdal
- Sebelum sembahyang Hari Raya
- 3 - Waktu Sunat
- Sepanjang bulan Ramadhan
- 4 - Waktu Makruh
- Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
- 5 - Waktu Haram
- Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Syarat - syarat Umum Wajib Zakat .
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran ,syarat-syarat tersebut adalah seperti yang tertera di bawah :
- 1 - Islam
- - Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama Islam sahaja. Orang kafir tidak difardhukan menunai zakat, bahkan zakat mereka tidak sah jika ditunaikan kerana zakat mempunyai ciri-ciri ibadat.
- 2 - Pemilikan Sempurna
- - Milik sempurna bermaksud “Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas ( إخْتِيَارُ ) untuk mengurus ( حَقُّ التَصَرُّفِ ) dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-undang dan peraturan.”
- 3 - Cukup Nisab
- - Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu.
- 4 - Cukup Haul
- - Haul ialah tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.
- 5 - Harta Yang Berkembang
- - Harta yang berkembang adalah harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki (حَقِيْقِي) atau boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ).
Bentuk harta zakat yang berkembang secara hakiki (حَقِيْقِي) adalah:
- 1 - Binatang ternakan berkaki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing.
- 2 - Hasil tanaman yang menjadi makanan asasi seperti padi, jagung dan seumpamanya.
- 3 - Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi urusniaga di pasaran.
Harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ) adalah :
- 1 - Emas, perak, mata wang dan hasil galian seperti minyak, bijih timah, gas asli dan harta karun yang bernilai dan seumpamanya.
- 2 - Tanaman, ternakan dan lain-lain harta yang diusahakan secara komersial.
Berikut senarai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2018M/1439H sepertimana yang tertera di bawah adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri - negeri tersebut .
INFO KADAR ZAKAT FITRAH BAGI TAHUN 2018M / 1439H :
| |
---|---|
NEGERI / WILAYAH | KADAR BAYARAN |
PERLIS | RM 7 . 00 |
KEDAH | RM 7 . 00 |
PULAU PINANG | RM 7 . 00 |
PERAK | RM 7 . 00 |
SELANGOR | RM 7 . 00 |
NEGERI SEMBILAN | RM 6 . 50 |
MELAKA | RM 6 .70 |
JOHOR | RM 7 . 00 |
PAHANG | RM 7 . 00 |
KELANTAN | RM 7 . 00 |
TERENGGANU | RM 7 . 00 |
SARAWAK | RM 7 . 00 |
SABAH | RM 7 . 00 |
KUALA LUMPUR | RM 7 . 00 |
PUTRAJAYA | RM 7 . 00 |
LABUAN | RM 7 . 00 |
Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, dengan melihat pendapat ihtiyat iaitu mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini 2018M lebih baik pada tahun sebelumnya ,Selamat menunaikan ibadat puasa dan zakat fitrah.
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Zakat Fitrah serta Kadar Bayaran bagi tahun 2018 / 1439H"
Catat Ulasan