Keracunan KARBON MONOKSIDA - pembunuh senyap


Keracunan karbon monoksida berlaku selepas menghirup karbon monoksida (CO), sejenis gas yang sangat toksik. Gas itu tidak mudah dikesan kerana ia tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa, serta juga tidak merengsakan.

Karbon monoksida ialah hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi dan seringnya dihasilkan di dalam persekitaran rumah dan perindustrian oleh kenderaan bermotor atau alat kuasa gasolin, pemanas, dan kelengkapan masak. 

Bahkan manusia dan haiwan, ketika memetabolisme makanan menghasilkan sedikit gas. Tetapi gas karbon monoksida { formula kimia CO } juga cukup untuk membunuh seseorang dalam masa beberapa minit melalui keracunan karbon monoksida.

Jika anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang .Apa kata , batalkan niat anda itu !

  • Keracunan Karbon Monoksida merupaka punca utama kematian akibat keracunan
  • Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
  • Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai “ Pembunuh Senyap”.
  • Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah.

Bagaimanakan Karbon Monoksida menyebabkan kematian semasa mangsa sedang tidur di dalam kenderaan ?

Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.

Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.

Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah.

Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!.

Apakah gejala keracunan CO ?

Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan.

Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.

Tips pencegahan keracunan Karbon Monoksida.

  • Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah. Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.
  • Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.
  • Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.
  • Jangan sekali-kali membakar arang atau membuat BBQ di dalam rumah. Pembakaran arang akan membebaskan gas beracun ini.
  • Jangan menggunakan dapur gas mudah alih yang biasa di gunakan untuk perkemahan di dalam rumah. Pembakaran gas itu juga membebaskan gas beracun ini.
  • Sekiranya kediaman anda memiliki sistem pemanasan, pemanasan air, dan peralatan pembakaran gas, minyak, atau arang batu pastikan ia di selenggara setiap tahun
  • Jika anda mengesan sebarang kebocoran pada peti sejuk, pastikan ianya di periksa segera.
  • Sekiranya anda ada menggunakan sistem pemanasan rumah menggunakan gas, pasang alat pengesan gas karbon monoksida di dalam rumah anda. Penggera akan di aktifkan sekiranya alat ini mengesan kehadiran gas karbon.
  • Merokok paip shisha di dalam rumah/ restoran - paip shisha menggunakan arang dan tembakau. Penggunaan arang ini akan membentuk gas karbon monoksida.
  • Sekiranya kediaman anda ada cerombong ,pastikan ianya di periksa dan dibersihkan setiap tahun.

Kepekatan serendah 667 ppm boleh menyebabkan 50% daripada hemoglobin badan bertukar kepada karboksihemoglobin. Tahap 50% karboksihemoglobin boleh menyebabkan sawan, koma, dan kematian.

Oksigen bertindak sebagai ubat penawar kerana ia meningkatkan kadar pembuangan karbon monoksida dari hemoglobin dan dengan itu, membekalkan badan dengan aras oksigen yang normal. Pencegahan keracunan merupakan salah satu isu kesihatan awam yang penting.

Keracunan karbon monoksida di dalam rumah dapat dicegah dengan menggunakan pengesan karbon dioksida. Ia merupakan jenis keracunan yang mengakibatkan paling banyak kematian di banyak negara.

Keracunan karbon monoksida juga merupakan kaedah yang paling biasa digunakan untuk membunuh diri, iaitu dengan sengaja menghirup wap asap ekzos yang dihasilkan oleh enjin kereta yang hidup.
Artikel Disediakan Oleh : www.facebook.com/publichealthmalaysia dan ms.wikipedia.org/wiki/Keracunan_karbon_monoksida .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Keracunan KARBON MONOKSIDA - pembunuh senyap"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel