Senarai pelepasan cukai 2018 untuk e - filling 2019 LHDN


Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim .Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan cukai telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai 2018 untuk tujuan pengisian e-Filling bagi tahun 2019.

Sekiranya pendapatan anda melebihi RM34,000 setahun maka anda wajib mendaftar fail cukai pendapatan .Pada kelazimannya 30 april setiap tahun merupakan tarikh akhir kepada penbayar cukai pendapatan untuk mefailkan cukai tahunan borang BE .

Samada menggunakan kaedah secara manual di pejabat - pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri atau menggunakan kemudahan e - filling secara online .Mungkin kita layak menuntut rebat ,pelepasan dan potongan cukai untuk beberapa perbelanjaan dari senarai yang kami kongsikan ini .

Sepertimana tertera di bawah senarai pelepasan cukai LHDNM 2018 untuk tujuan E-filling 2019 pendapatan individu [ income tax ] sebagai panduan dan juga makluman ringkas buat kita semua.

1. Individu dan saudara tanggungan - [RM9,000].

2. Penjagaan Ibu - Bapa.

  • Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan), [RM5,000].
  • Ibu dan Bapa [RM3,000].
  • Terhad [RM1,500] bagi hanya seorang ibu.
  • Terhad [RM1,500] bagi hanya seorang bapa.

3. Peralatan sokongan asas untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya - [RM6,000].

4. Individu kurang upaya - [RM6,000].

5. Yuran pendidikan sendiri - [RM7,000].

  • Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi.
  • Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian.

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati individu atau suami/isteri atau anak-anak  - [RM6,000].

7. Pemeriksaan perubatan penuh diri sendiri, suami / isteri atau anak -[RM500].

8. Gaya hidup - [RM2,500].

  • Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak.
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak.
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak.
  • Bayaran langganan internet.

9. Pembelian peralatan penyusuan - [RM1,000] terhad sekali dalam tempoh dua tahun taksiran.

10. Yuran penghantaran anak 6 tahun ke bawah ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah - [RM1,000].

11. Tabungan bersih dalam skim SSPN jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018 - [RM6,000].

12. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri -[RM4,000].

13. Suami/Isteri kurang upaya -[RM3,500].

14. Anak di bawah umur 18 tahun - [RM2,000].

15. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah - [RM2,000].

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut - [RM8,000].

  • Mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia  tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah.
  • Mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
  • Kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17. Anak kurang upaya - [RM6,000].

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia dan peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan.

18. Insuran nyawa dan KWSP termasuk tidak melalui potongan gaji - [RM6,000].

19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda [Deferred Annuity] - berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021 - [RM3,000].

20. Insurans pendidikan dan perubatan termasuk tidak melalui potongan gaji - [RM3,000].

21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial [PERKESO] - [RM250].

Untuk senarai penuh SILA rujuk kepada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk melihat secara lengkap pelepasan cukai pendapatan individu { income tax } yang terkini atau sebelumnya .

Semoga perkongsian senarai pelepasan cukai 2018 untuk e - filling 2019 dapat memudahkan kita menuntut pelepasan dan rebat E - FILLING 2019 bulan march nanti .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Senarai pelepasan cukai 2018 untuk e - filling 2019 LHDN"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel