Khasiat air barli lemon serta cara - cara penyediaan


Resepi air barli lemon bukan saja sedap malah sebelum minum sudah terhidu bau haruman daun pandan ditambah lagi bau lemon .Siang hari panas begini apatah malam nanti ,kalau pekena sesejuk atau suam sejuk lalu kat tekak rasa nyaman bermacam - macam { Allah nikmatnya} .

Alang - alang badan tengah letih elok benar di cuba resepi ni ,apatah lagi banyak khasiat jika diamalkan dengan betul .Harap - harap lepas ni bila dah cuba sekali seeloknya biarlah berterusan hendaknya ,nak cantik ,nak kurus ,kulit cantik ataupun nak sihat semua boleh dengan barli .

1 - Merendahkan Tahap Kolestrol.
- Air barli lemon ini dikatakan sebagai satu minuman yang baik untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah iaitu dapat mengurangkan risiko masalah sakit jantung.

2 - Membantu Mengurangkan Berat Badan.
- Air barli lemon ialah minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama dan mengelakkan kita daripada makan berlebihan.

3 - Merawat Urinary Tract Infections.
- Urinary tract infections ataupun jangkitan saluran kencing (kencing kotor). Dengan mengamalkan air barli lemon, ia boleh merawat ataupun mencegah masalah kesihatan ini.

4 - Jantung Lebih Sihat.
- Selain berperanan merendahkan kadar kolestrol di dalam badan, air barli lemon turut mencegah kita daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu kondisi di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat dengan gumpalan lemak.

5 - Membantu Sistem Penghadaman.
- Air barli lemon boleh membantu dan memudahkan usus kita mencerna makanan. Ini kerana air barli lemon datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat.Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.

- Serat yang terdapat di dalam barli juga tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.

6 - Mengawal Gula Dalam Darah.
- Air barli lemon adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap kencing manis.Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah.

- Beta-glucan yang terdapat di dalam barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

7 - Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah.
- Air barli lemon boleh membantu mengeluarkan toksik dari badan. Ia menjadikan kulit lebih sihat dan cerah. Lagipun, barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.

- Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori tersumbat.

- Antioksida yang terdapat di dalam air barli lemon boleh melawan radikal bebas. Ini boleh melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.

8 - Menyejukkan Badan.
- Air barli lemon adalah satu air yang terbaik untuk kita menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan.

9 - Bagus Untuk Ibu Mengandung.
- Air barli lemon ini sangat sesuai diamalkan oleh ibu yang mengandung. Ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah.Air barli lemon boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ia boleh mencegah daripada edema.

Resepi air barli lemon.

Bahan - bahan seperti di atas .

Semua bahan - bahan dimasukkan ke dalam periuk .

Barli sudah kembang/masak dan sedia untuk di angkat .

Bahan - bahan seperti di bawah :

1 - 1 - 2 jag air.
2 - 1 peket barli.
3 - Lemon { Kalau suka boleh letak / ikut selera }.
4 - 4 helai daun pandan { Disimpulkan }.

Cara - cara penyediaan :

1 - Cuci bersih barli kemudian masukkan ke dalam periuk .
2 - Masukkan air ,gula batu dan daun pandan .
3 - Rebus hingga mendidih dan barli nampak kembang .
4 - Bila barli sudah betul - betul kembang ,barulah di tutup api .
5 - Sedia dihidangkan { jika suka / ikut selera bolehlah diperahkan sedikit lemon ke dalam barli .
6 - Simpan lebihan air barli di dalam peti sejuk { Ikut selera panas atau sejuk } .

Selesai resepi air barli lemon serta khasiat ,memang mudah bukan ! Tetapi harus di ingat , jangan buang barli yang direbus itu ianya boleh di makan bersama air barli lemon tadi jika mahu dan juga air barli mengandungi gluten ianya tidak disarankan kepada mereka yang mempunyai alahan pada gluten .Selamat mencuba.

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

2 Responses to "Khasiat air barli lemon serta cara - cara penyediaan"

  1. Sedap ke? Tak pernah pula try air barli dgn lemon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ,bau wangi .Sangat baik untuk kencing tak lawas ,sekali minum je terus Ok .

      Padam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel