Rahsia surah Al - Kautsar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Surah Al - Kauther adalah surah yang paling pendek ,hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik .Rasanya lebih manis daripada madu , warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi .

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib .

Untuk itu pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan diantaranya sepertimana yang tertera di bawah :

1 - Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T memakbulkan doa kita.
2 - Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga.
3 - Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4 - Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.
5 - Jika membacanya 1,000 kali rezeki kita akan bertambah.
6 - Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7 - Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Justeru ,dua pilihan untuk kita tentukan sama ada biarkan di dalam halaman ini tanpa bermanfaat untuk orang lain atau sebarkan pada semua sahabat handal kita.Rasulullah bersabda,"Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.Moga-moga serba sedikit ianya amat bermanfaat buat kita semua...Aamiin

    Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

    PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

    0 Response to "Rahsia surah Al - Kautsar"

    Catat Ulasan

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel