Resepi Biskut Sarang Semut
Mei 24, 2018
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Mesra | Resepi biskut sarang semut ,kami begitu teruja menggongsikan resepi biskut ini kerana cara - cara serta bahan - bahannya boleh dikategorikan sebagai mudah ,jimat dan sedap .
Bagi kami ia juga salah satu menu biskut wajib di setiap musim - musim perayaan atau di buat untuk pelbagai majlis .Pada kebiasaannya kami menyediakan biskut sarang semut tanpa hiasan untuk menyerlahkan tampilan tetapi untuk resepi ini kami hiaskan dengan taburan manik yang berwarna - warni .
Hiasan gula - gula manik juga boleh ditabur mengikut kreativiti masing - masing atau dibiarkan kosong dipermukaan biskut ,ianya untuk menyerlahkan tampilan biskut sarang semut disamping itu juga ianya dapat menarik perhatian siapa sahaja lebih - lebih lagi si anak kecil .
Kami lebih gemar menggunakan sagat yang berlubang kecil berbanding yang berlubang besar kerana doh yang disagat lebih cantik dan halus sederhana ,tidak besar tidak juga terlalu kecil macam sarang semut .Bahan - bahan dan cara - caranya yang ianya mengikut citarasa kami seperti yang tertera di bawah .
Kesemua bahan - bahan disatukan dan dibentuk seperti doh diatas .
Proses menyagat doh .
Doh yang telah disagat .
Doh yang telah disagat dengan menggunakan sudu dimasukkan ke dalam paper cup.
Proses terakhir sebelum dibakar iaitu taburan manik berwarni diatas biskut .
Bahan - bahan seperti berikut .
1 - 250 gram butter.
2 - 100 gram gula halus.
3 - 300 gram tepung gandum. ***
4 - 100 gram tepung jagong. ***
5 - 50 gram tepung kastard. ***
6 - 1/2 sudu kecil baking powder. ***
7 - 1 biji kuning telor.
8 - 1 sudu kecil essen.
9 - Paper cup secukupnya.
- Bahan yang bertanda *** diayak bersama.
Bahan - bahan untuk hiasan .
1 - Sedikit chocolate rice.
2 - Sedikit gula - gula manik warna - warni.
Cara - cara penyediaan seperti di bawah .
1 - Pukul butter dan gula halus sehingga kembang .
2 - Masukkan esen vanila dan kuning telur dan di gaul rata .
3 - Kemudian masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan di uli hingga menjadi doh yang lembut .
4 - Bulat - bulatkan adunan sebesar penumbuk atau ikut selera anda dan rehatkan doh seketika ( lebih kurang 10 hingga 15 minit ).
5 - Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam acuan kertas .
6 - Taburkan chocolate rice dan gula - gula manik warna - warni .
7 - Bakar di dalam oven pada suhu 180'c , selama 15 minit atau hingga masak .
8 - Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara .
Selesailah resepi Biskut Sarang Semut yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami sekeluarga ,jika ada apa - apa pertanyaan tentang resepi ini sudilah kiranya hubungi kami melalui halaman Contact Me atau About atau boleh juga di komen terus disini .Selamat mencuba .
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Resepi Biskut Sarang Semut"
Catat Ulasan