Resepi Muffin Jagung Kukus


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Muffin biasanya boleh dibakar atau dikukus dan terdapat dalam pelbagai bentuk rupa , warna , rasa serta bahan - bahannya juga ada yang berbeza .Terdapat dua jenis muffin iaitu muffin seakan roti (bread-like muffin) dan muffin seakan kek (cake-like muffin),kedua-duanya mempunyai kaedah membancuh yang berlainan.

Bagi muffin seakan roti, kandungan lemak dan gulanya adalah kurang dan isi dalamnya agak padat dan kasar seperti roti. Lemak yang digunakan adalah dalam bentuk cecair seperti minyak masak, minyak jagung ataupun mentega cair. Muffin ini rasanya kurang manis,tidak berminyak dan cepat keras jika disimpan lebih satu hari.

Muffin jagung kukus enak dimakan semasa masih hangat dan tidak tahan disimpan lama.Ianya juga sesuai untuk sarapan pagi , minuman petang atau mengikut kehendak masing - masing , texture lembut serta gebu . Cara - cara dan bahan - bahannya seperti yang tertera di bawah :

Bahan - bahan A .

  • 1 - 2 cawan tepung gandum **
  • 2 - 1 sudu kecil soda bikarbonat **
  • 3 - 1 sudu kecil baking powder **
  • 4 - 1 sudu kecil garam - dikurangkan ikut citarasa .
  • - Bahan yang bertanda ** mestilah di ayak bersama .

Bahan - bahan B .

  • 1 - 1 cawan jagung krim - dalam tin .
  • 2 - 1 cawan gula pasir .
  • 3 - 1 cawan minyak jagung .
  • 4 - 1 biji telur gred A .
  • 5 - Acuan kertas secukupnya .

Cara - cara membuat seperti berikut :

  • 1 - Panaskan air kukusan .
  • 2 - Campurkan bahan A dan bahan B , kemudian di kacau rata hingga sebati .
  • 3 - Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan kukus selama 20 minit .
  • 4 - Setelah masak , sejukkan dan sedia untuk dihidangkan .

Selesailah resepi Muffin Jagung Kukus yang sememangnya sesuai sebagai hidangan makanan sampingan / pencuci mulut dalam pelbagai majlis .Contohnya majlis harijadi atau majlis perkahwinan sebagai ole - ole . Buat semua kami persilakan mencuba resepi Muffin Jagung Kukus .Selamat mencuba .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Resepi Muffin Jagung Kukus"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel