Colek Buah Jambu Batu


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Menurut kajian saintifik fakta menunjukkan dengan memakan 1 biji buah jambu batu ia mengandungi 4 kali lebih banyak vitamin C berbanding oren dan 10 kali lebih banyak vitamin A berbanding lemon . Buah jambu batu juga dapat membuat lebih kenyang dalam tempoh masa yang panjang dan mengurangkan lemak tepu di dalam tubuh badan kita . Vitamin A yang diperlukan untuk kesihatan mata bagi menghasilkan penglihatan mata yang baik .

Selain itu juga buah jambu batu yang kaya dengan kalium (potassium) dapat membantu dalam menggurangkan tahap kolestrol di dalam darah dan menghalang darah daripada menjadi pekat seterusnya dapat mengawal tekanan darah . Kalium (potassium) yang banyak terkandung di dalam jambu batu adalah kunci untuk mengekalkan fungsi semua otot-otot di dalam tubuh badan termasuk jantung . Di samping itu juga vitamin C yang terkandung di dalam buah jambu batu juga dapat membantu dalam membaiki dan pertumbuhan tisu-tisu badan. Buah jambu batu juga kaya dengan vitamin E, K, dan B6 yang penting untuk pembentukan darah .

Kebiasaanya penggemar colek buah menggunakan kicap , serbuk pencicah asam atau sebagainya dalam menikmati/memakan buah jambu batu .Tetapi kami lebih suka/gemari menggunakan cuka masakan dalam membuat/memakan colek buah jambu batu kerana cuka masakan mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat diantaranya ialah ianya baik untuk penyerapan kalsium dalam badan serta baik untuk mencegah osteoporosis , dapat membantu mengatasi gejala gastrointinel , menstabilkan kandungan gula dalam badan dan juga melambatkan proses penuaan .

Di samping itu juga cuka masakan dapat menjaga kesihatan jantung , mencegah stroke serta membantu menurunkan berat badan . Demikianlah serba sedikit fakta - fakta serta khasiat buah jambu batu dan cuka masakan , kembali pada colek buah jambu batu yang kami kongsikan dalam halaman ini . Berikut sepertimana yang tertera di bawah , cara kami menikmati colek buah jambu batu .

Bahan - bahan di atas satukan dalam satu bekas dan di olah mengikut citarasa sendiri .

Bahan - bahan seperti berikut :

1 - Cuka .
2 - Garam .
3 - Gula .
4 - Belacan .
5 - Cili api ( Ikut selera anda ).

Cara - cara penyediaan seperti di bawah :

1 - Campurkan ke semua bahan - bahan diatas ke dalam mangkuk/bekas , kemudian kacau/ratakan manja sehingga gula , garam dan belacan hancur sedikit . (Kacau mengikut selera masing - masing ) .
2 - Apabila sudah dikacau/rata manja dan gula , garam dan belacan hancur ratakan/picit cili api untuk menambah aroma kepedasaanya ( Ikut tahap kepedasaan masing - masing ) .
3 - Apabila sudah siap , bolehlah dihidangkan bersama minuman kegemaran masing - masing .

Sepertimana diatas cara kami menikmati colek buah jambu batu ,anda pula bagaimana ! .Kami sarankan sebelum anda menikmati colek buah jambu batu atau seumpamanya seeloknya pastikan perut tidak kosong .Selamat mencuba .

0 Comments