Header Ads

Resepi masak lemak pisang muda.

Assalamualaikum dan Salam Mesra | Mengikut pemahaman kami masak lemak atau gulai lemak adalah merujuk kepada perkara yang sama cuma penggunaan perkataan atau panggilan atau juga ayat yang berbeza .Ada juga pendapat yang mengatakan gulai lemak diguna pakai untuk masakan yang menggunakan bahan seperti ikan ,daging ,ayam atau sebagainya ianya tidak melibatkan bahan - bahan utama yang berasal dari sayur atau buahan .Kami lebih menggemari dengan panggilan masak lemak jika masak lemak yang disediakan itu menggunakan sayuran atau buahan .Jika masak lemak menggunakan bahan utama sayur atau buahan dan dicampur bersama ikan ,ayam ,udang atau sebagainya ,kami dibiasakan dengan panggilan gulai masak lemak .

Pelbagai menu atau resepi boleh diolah atau dijadikan masak lemak ,contohnya masak lemak petola ,rebung ,kacang panjang atau mengikut selera masing - masing .Resepi masak lemak yang menjadi resepi pilihan kami adalah resepi masak lemak pisang muda .Resepi masak lemak pisang muda yang kami kongsikan disini hanya menggunakan bahan utama pisang kapas muda sahaja disamping bahan rempah yang lain ,Walau bagaimana pun resepi ini boleh ditambah atau dimasukkan bersama bahan - bahan lain seperti ayam ,udang ,daging ,ikan masin atau ianya mengikut citarasa sendiri .

Kami pasti ramai diantara kita yang mengidamkan masak lemak tidak terkecuali kami sendiri ,lebih - lebih lagi masakan dari air tangan ibu atau nenek ,lebih menyemarakkan lagi jika dinikmati bersama mereka yang tersayang .Resepi masak lemak pisang muda boleh diserikan lagi atau dihidangkan bersama ikan singgang ,sambal belacan ,budu atau mengikut selera masing - masing .Apa jua istilah atau panggilan masak lemak ,disini kami kongsikan resepi masak lemak pisang muda yang ianya mengikut citarasa serta selera kami seperti mana yang tertera dibawah .

Masak lemak pisang muda yang sudah siap dimasak dan sedia untuk dinikmati .

Pisang kapas muda .

Bahan - bahannya seperti gambar diatas .

Bahan - bahan yang sudah di kisar .

Masak lemak pisang muda yang hampir - hampir mendidih 

Bahan - bahannya seperti berikut .
  • Sesikat pisang kapas muda .
  • Segenggam ikan bilis .
  • 1 biji bawang besar - di kisar .
  • 10 - 15 biji cili padi - di kisar .
  • 1 inci kunyit hidup - di kisar .
  • 2 keping asam gelugor .
  • 1 biji kelapa - di ambil santan .
  • Garam secukup rasa .
Cara - cara penyediaannya seperti yang tertera di bawah .
  1. Siang/bersihkan pisang muda dan rendam pisang muda dengan air garam selama 15 minit .Kemudian cuci bersih dan toskan .
  2. Masukkan pisang muda tadi ke dalam periuk bersama bahan - bahan yang telah di kisar ,ikan bilis dan asam gelugor .
  3. Masukkan sedikit air dan masak hingga pisang muda empuk .
  4. Masukkan santan dan kacau sentiasa supaya tidak berbintil - bintil .
  5. Bila sudah mendidih atau pecah minyak masukkan garam secukup rasa .
  6. Masukkan sedikit gula untuk seimbangkan rasanya atau mengikut citarasa sendiri .
  7. Biarkan seketika dan bolehlah di tutup apinya dan bolehlah dihidangkan .
Demikianlah cara - cara dan bahan - bahan di dalam penyediaan resepi masak lemak pisang muda yang ianya mengikut cara kami serta selera kami .Resepi ini sesuai dihidang bersama sambal belacan ,ulam - ulaman ,ikan singgang atau mungkin juga bersama lauk - pauk kegemaran masing - masing .Selamat mencuba .

Tiada ulasan

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.