Resepi Rendang Ikan Tongkol Ala Surina Kitchen


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Sejujurnya kami nyatakan disini belum pernah kami menikmati atau merasai rendang ikan tongkol ,dek kerana terlalu ingin mengetahui bagaimana rasa rendang ikan tongkol maka kami olahkan resepi rendang ikan tongkol mengikut ramuan dan bahan - bahan resepi rendang yang biasa kami sediakan ,ianya seperti rendang ayam dan daging .

Biasanya ikan tongkol sesuai untuk masakan singgang ,kari ,goreng berlada ,masak kuning kunyit atau ianya mengikut citarasa sendiri ,namun begitu ikan tongkol boleh di pelbagaikan berdasarkan kreativiti masing - masing .

Untuk mengelakkan ikan tongkol daripada hancur semasa proses penyediaan rendang ,kami menggunakan ikan tongkol yang sudah di rebus terlebih dahulu ,selain untuk mengelak daripada daging ikan hancur ianya juga dapat mempercepatkan proses penyediaan rendang tersebut .Berikut kami kongsikan resepi rendang ikan tongkol ala dapur surina seperti mana yang tertera dibawah .

Ikan tongkol yang sudah di rebus.

Bahan - bahan untuk merebus ikan tongkol .

1 - 1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana besar.
2 - 4 keping asam jawa.
3 - 2 sudu besar garam halus.
3 - 2 cawan air.

Cara - cara untuk merebus ikan tongkol .

1 - Potong ikan tongkol mengikut potongan masing - masing dan cuci bersih.
2 - Masukkan ikan tongkol ke dalam periuk bersama asam keping dan garam.
3 - Kemudian tuang air hingga paras ikan dan rebus sehingga mendidih.
4 - Toskan ikan dan biar sejuk .Asam gelugor jangan dibuang ,nanti boleh digunakan semasa memasak kuah rendang.

        Bahan - bahan untuk masak rendang seperti yang tertera di atas.

        Bahan - bahan yang dikisar halus.

        Tumis bahan - bahan yang dikisar halus hingga pecah minyak.

        Setelah pecah minyak ,masukkan santan ,ikan ,kerisik dan sebagainya .

        Kemudian kacau lagi hingga kuah rendang pekat atau mengikut citarasa masing - masing .


        Bahan - bahan untuk resepi rendang ikan tongkol ala Dapur Surina .

        • 1 - 1 biji bawang besar.***
        • 2 - 5 ulas bawang putih.***
        • 3 - 15 tangkai cili kering.***
        • 4 - 1 inci halia.***
        • 5 - 3 batang serai.***
        • 6 - 1 sudu kecil ketumbar.***
        • 7 - 1 sudu kecil jintan manis.***
        • 8 - Minyak untuk menumis.
        • 9 - 2 cawan santan pekat.
        • 10 - 2 sudu besar kerisik.
        • 11 - 3 helai daun limau purut.
        • 12 - 3 keping asam gelugor.
        • 13 - Garam dan gula secukup rasa.
        • 14 - Nise kerek.
        • - Bahan - bahan yang bertanda *** hendaklah dikisar halus .

          Cara - cara penyediaan resepi rendang ikan tongkol ala Dapur Surina sebagaimana yang tertera di bawah .

          • 1 - Panaskan minyak dan tumis bahan - bahan yang telah di kisar halus .
          • 2 - Kacau hingga pecah minyak .
          • 3 - Masukkan santan ,kerisik ,daun limau purut dan asam gelugor masak hingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat sedikit .
          • 4 - Masukkan ikan tongkol yang telah di rebus tadi ,kacau lagi hingga rata .
          • 5 - Kemudian masukkan nise kerek dan garam .( jangan masukkan garam terlalu banyak kerana ikan telah di bubuh garam semasa di rebus )
          • 6 - Masak sehingga kuah betul - betul pekat dan rasa masin dan manisnya .
          • 7 - Tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan .

          Selesailah sudah resepi rendang ikan tongkol ala Dapur Surina yang ianya mengikut citarasa kami seisi keluarga .Kami syorkan kepada semua resepi rendang ikan tongkol yang kami kongsikan disini sesuai dihidangkan bersama nasi dagang ,dicicah dengan roti atau juga bersama lemang atau ketupat palas atau juga ketupat nasi.Selamat mencuba .

          Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

          PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

          3 Responses to "Resepi Rendang Ikan Tongkol Ala Surina Kitchen"

          1. Tak terpikir nk buat rendang ikan. Boleh di cuba nanti. Selalu ikan tongkol ana guna utk singgang dan kuah nasi dagang je.

            BalasPadam
            Balasan
            1. Sedap . . . makan dengan lemang atau ketupat palas lagi sedap .

              Padam
          2. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
            Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
            ..................................................................

            ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
            Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

            .................................................................

            ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
            Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

            ..................................................................

            ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
            Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

            ...............................................................

            Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

            Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
            En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


            ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


            Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

            ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
            Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
            #sharepadayangmemerlukan
            #sharing is caring
            En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

            BalasPadam

          Iklan Atas Artikel

          Iklan Tengah Artikel 1

          Iklan Tengah Artikel 2

          Iklan Bawah Artikel