5 Jenis Buah - Buahan Baik Untuk Kesihatan Lelaki


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Seperti wanita, lelaki juga penting mengambil buah-buahan dalam permakanan mereka bagi membantu melengkapi keperluan nutrien tubuh badan mereka.Terdapat beberapa jenis buah - buahan yang amat digalakkan lelaki untuk mengambilnya.

Buah-buahan merupakan satu nikmat makanan yang perlu kita hargai di dunia ini, di samping mendapat faedah kesihatan yang telah dibuktikan oleh kajian sains. Buah-buahan ialah makanan yang sedap dan manis serta sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Buah-buahan telah dipromosikan secara sejagat sebagai makanan kesihatan.

1 - Beri Hitam.
Strawberi dan beri hitam merupakan antara buah yang termasuk dalam kelompok keluarga buah beri yang tinggi kandungan fiber. Pengambilan buah ini dalam kehidupan seharian membekalkan potassium, vitamin C, vitamin K dan nutrien untuk kesihatan mata. Lelaki digalakkan memakan buah ini kerana kandungan vitamin K yang ada di dalamnya membantu melindungi mereka daripada di serang kanser prostat.

2 - Tembikai.
Kandungan air yang terdapat dalam buah ini mampu mengelakkan tubuh daripada mengalami dehidrasi dan menambah cecair di dalam badan. Bagi yang sering mengalami masalah kulit kering disarankan memakan buah tembikai bagi mendapatkan kesan lebih baik kepada kulit. Antara khasiat yang diperoleh daripada tembikai ialah vitamin A, vitamin B6 dan B1, potassium dan magnesium.

3 - Betik.
Amat digalakkan untuk pesakit radang sendi kerana enzim protein-digesting yang terkandung dalam betik mengurangkan radang dalam badan. Khasiat vitamin A, vitamin E dan vitamin C yang dimiliki memenuhi 300 peratus keperluan tubuh badan setiap hari di samping berupaya mengelakkan oksida dalam kolekstrol seperti yang dialami pesakit jantung.

4 - Nenas.
Sangat bernutrien tinggi bagi meningkatkan biotin atau vitamin H, tiamina dan asid di dalam badan. Vitamin C, vitamin B1 dan fiber adalah khasiat yang terkandung dalam nanas. Di samping meningkatkan sistem imuniasi dan tenaga, ia turut menggalakkan kelenjar tiroid yang sihat.

5 - Pisang.
Bekalan tenaga untuk tubuh badan yang kebiasaannya diambil bagi menggantikan nasi. Atlet sukan gemar menikmati buah ini yang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Ia juga kaya dengan vitamin B (riboflavin dan potassium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron.

Sekiranya anda semua gemar menikmati makanan ringan seperti potato chips atau sebagainya ,apa kata kami syorkan anda cuba ganti atau tukar makanan ringan kepada buah - buahan seperti yang tertera di atas .

Selain sedap dan berkhasiat buah - buahan tersebut tinggi dengan kandungan kalium, magnesium, zink, selenium, kromium dan kalsium .Oleh itu jadikan amalan pengambilan buah-buahan setiap hari dan setiap hidangan yang kita makan sebagai satu kemestian jika kita ingin mendapat kesihatan yang terbaik.

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "5 Jenis Buah - Buahan Baik Untuk Kesihatan Lelaki"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel