Dakwaan dianjurkan Jimak Malam Jumaat
April 11, 2018
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Hari Jumaat adalah hari yang penuh barakah dan banyak amalan sunat yang digalakkan untuk dilaksanakan pada sepanjang hari jumaat. Amalan sunat tersebut adalah satu sunnah daripda Rasulullah SAW yang digalakkan kepada umatnya untuk dilaksanakan. Salah satu sunat yang digempar gempurkan ialah melakukan persetubuhan pada malam jumaat.
Sunnah Rasulullah SAW bermaksud segala yang datang daripada Nabi Muhamad SAW samada perbuatan, perkataan atau pengakuannya. Semua yang datang daripada Nabi Muhamad SAW adalah sunnah.
Sudah menjadi kebiasaan pada hari khamis malam atau malam Jumat, banyak tersebar pelbagai status di dalam media sosial yang mana isinya berkisar pada tentang “Sunnah Rasul”. Begitu juga dalam pergaulan sehari-hari di dunia nyata, istilah tersebut juga sering terdengar.
Menurut mereka, istilah “Sunnah Rasul” yang popular di malam Jumaat adalah hubungan suami isteri atau dalam bahasa mudahnya bersetubuh (berjimak). Kebanyakan suami akan menjadikan malam ini, sebagai malam yang sangat-sangat digalakkan berjimak dengan mengaitkannya sebagai Sunnah Rasul.
Menurut mereka, istilah “Sunnah Rasul” yang popular di malam Jumaat adalah hubungan suami isteri atau dalam bahasa mudahnya bersetubuh (berjimak). Kebanyakan suami akan menjadikan malam ini, sebagai malam yang sangat-sangat digalakkan berjimak dengan mengaitkannya sebagai Sunnah Rasul.
Sumber hukum bagi umat Islam ada empat.
- - Pertama : al-Quran .
- - Kedua : al-Hadis (as-Sunnah) .
- - Ketiga : al-Qias .
- - Keempat : al-Ijmak al-Ulama .
Tetapi akibat dorongan hawa nafsu dan minda yang hanya memikirkan tentang seks maka sumber hukum kedua setelah Al-Quran iaitu as-Sunnah ini sering dijadikan sandaran untuk menjustifikasi tentang hubungan seks suami isteri pada malam jumaat. Sayang seribu kali sayang sumber hukum kedua ini telah dijadikan sebagai sandaran kepada satu perkara yang samar-samar dan tidak jelas, samada ianya memang Sunnah Rasul atau sekadar bicara kaum suami sahaja.
Sebenarnya bagaimanakah status dan mertabat hadis tersebut, apakah hadis shahih, hadis dhaif atau hadis palsu. Hadis ini sebenarnya tidak kita temui di dalam Kitab Hadis atau dalam kitab mana sekalipun, baik kumpulan hadis dhaif apa lagi hadis shahih. Kalimat tersebut tidak mempunyai sanad (bersambung) kepada sahabat, apalagi kepada Rasulullah SAW. Kesimpulan bahawa hadis Sunnah Rasul berjimak pada malam jumaat sama sekali bukan hadis.
Ianya sekadar hadis PALSU yang telah dikarang oleh orang yang ingin merosakkan Islam atau orang tidak jelas serta tidak bertanggungjawab sama sekali dengan mengaitkannya sebagai Sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak akan menemukan satupun hadis Rasulullah SAW tentang jimak suami isteri pada malam-malam tertentu, termasuk malam jumaat.
Ianya sekadar hadis PALSU yang telah dikarang oleh orang yang ingin merosakkan Islam atau orang tidak jelas serta tidak bertanggungjawab sama sekali dengan mengaitkannya sebagai Sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak akan menemukan satupun hadis Rasulullah SAW tentang jimak suami isteri pada malam-malam tertentu, termasuk malam jumaat.
Sekiranya kita ingin berjimak dengan isteri janganlah dikhususkan hari-hari tertentu. Lebih afdal jika berjimak dengan berniat sebagai ibadah bermula dengan doa dan diakhiri juga dengan berdoa. Berjimak dengan pasangan yang sah adalah merupakan ibadah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pada kemaluanmu itu ada sedekah.” Sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli isteri kita?” Rasulullah SAW menjawab, “Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa? Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan beroleh pahala.” [HR. Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah].
Sebenarnya ada banyak hadis yang benar-benar Sunnah Rasulullah SAW yang ada kaitannya dengan aktiviti pada hari Jumat (atau malam Jumaat).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbanyaklah selawat kepadaku pada pada hari jumaat dan malam jumaat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali nescaya Allah SWT berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Al Baihaqi)
Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua jumaat.” (HR. Al Hakim)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Hari jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah SWT dalam waktu tersebut melainkan akan dimakabulkan oleh Allah SWT. Maka peganglah erat-erat ingatlah bahwa akhir dari waktu tersebut jatuh setelah waktu asar.” (HR. Abu Dawud)
Membaca surat As-Sajdah dan Al-Insan dalam solat subuh. “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca pada shalat subuh di hari jumaat “Alam Tanzil …….” (surat As Sajdah) pada rakaat pertama dan “Hal ataa ‘alal insaani hiinum minad dahri lam yakun syai-am madzkuro” (surat Al Insan) pada rakaaat kedua.” (HR. Muslim)
Dianjurkan kepada kita ketika pada rakaat pertama sampai pada bacaan ayat ke 15, imam sujud diikuti oleh makmum. Setelah sujud, imam berdiri kembali membaca ayat selanjutanya sehingga selesai.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat jumaat itu wajib atas setiap muslim dilaksanakan secara berjamaah terkecuali empat golongan iaitu hamba sahaya, perempuan, anak kecil dan orang sakit.” (HR.Abu Daud dan Al Hakim)
Jika berbicara Sunnah Rasulullah SAW pada hari jumaat atau malam jumaat, lima aktiviti di atas memang disarankan melalui hadis baginda SAW. Jangan sekali-kali kita mengaitkan soal berjimak pada hari atau malam jumaat dengan Sunnah Rasulullah SAW. Kalau ingin berjimak pada hari atau malam jumaat, dipersilakan dengan segala hormatnya, tetapi tidak ada kaitannya dengan Sunnah Rasullullah SAW. Malah berjimak boleh sahaja pada bila-bila waktu dan ketika mengikut kemampuan tubuh badan dan selera masing-masing dan tidak ada hari yang istimewa.
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama memperbetulkan maksud Sunnah Rasulullah dan jangan sekali-kali dikaitkan soal berjimak pada malam jumaat sebagai sunnah yang akan mendapat pahala sunat. Kita bimbangi perkara yang Rasulullah SAW sendiri tidak pernah lakukan tetapi sengaja ditokok tambah oleh mereka yang mahir mencipta hadis-hadis palsu yang sesat lagi menyesatkan.
Akhirnya nikmat berjimak pada hari atau malam jumaat itu yang sepatutnya mendapat pahala kerana melakukannya dengan pasangan sah boleh bertukar menjadi satu dosa pula apabila dikaitkan dengan sunnah Rasulullah SAW. Marilah kita menjaga, memelihara dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang selama ini menjadi hukum syariat kedua setelah Al-Qur’an.
DISCLAIMER: Pelbagai bentuk imej , gambar , artikel , video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain . Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber / material tersebut .Sumber Rujukan Video - Ustaz Idris Sulaiman - YouTube ilmusalafdotcom .Sumber Artikel - www.facebook.com/haji.awang.16
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Dakwaan dianjurkan Jimak Malam Jumaat"
Catat Ulasan