Perkara - Perkara Yang Melemahkan Daya Ingatan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Satu daripada kebolehan manusia yang amat menakjubkan ialah ingatan. Manusia boleh mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu, apa yang berlaku semalam, seminit tadi, bahkan sesaat yang lepas. Ingatan merupakan khazanah manusia yang membantunya hidup di dunia ini.

Definisi dari daya ingatan merupakan kemampuan mengingat kembali perkara - perkara atau pengalaman yang telah berlalu atau yang akan terjadi .Perkara - perkara tersebut biasanya bersangkut - paut pada peristiwa yang mempunyai erti sendiri dalam menjalani kehidupan.

Bila kekuatan daya ingat tinggi, maka akan mempermudah langkah dalam mengambil suatu tindakan yang objektif, sehingga dikatakan bahawa pemikiran yang sangat cemerlang. 

Tetapi lain halnya bila kekuatan daya ingatan lemah, maka perkara - perkara tersebut berkemungkinan akan melakukan tindakan-tindakan yang dapat merugikan di dalam kehidupan seharian seseorang itu .

Jangan lakukan perkara - perkara seperti yang tertera di bawah .

  • - Melihat perkara perkara yang haram.
  • - Melancap/onani/masturbate.
  • - Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
  • - Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
  • - Tidak membaca Al-Quran.
  • - Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
  • - Mengumpat dan mengata.
  • - Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
  • - Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
  • - Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
  • - Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

Kurangkan dari melakukan perkara - perkara seperti yang tertera di bawah .

  • - Kurangkan makan bawang besar
  • - Kurangkan makan berempah
  • - Kurangkan makan ketumbar kering
  • - Kurangkan menonton dan membaca majalah hiburan
  • - Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • - Kurangkan minuman air batu, air dalam tin
  • - Kurangkan makan organ dalaman ayam/lembu terutamanya kanak-kanak
  • - Jangan makan kepala ikan
  • - Jangan minum air yang ada semut
  • - Jangan tidur selepas subuh
  • - Jangan tidur selepas asar
  • - Jangan tidur selepas makan
  • - Jangan makan terlalu kenyang
  • - Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • - Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • - Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • - Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara yang perlu diamalkan .

  • - Selalu makan buah manisan seperti kurma dan sebagainya
  • - Selalu makan makanan yang panas-panas
  • - Selalu memakan kekacang seperti kacang soya/ badam dan lain-lain
  • - Selalu minum air masak
  • - Selalu makan ulam-ulam
  • - Selalu tengok benda-benda warna hijau
  • - Selalu bersenam
  • - Selalu menggunakan imaginasi otak
  • - Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • - Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.
  • - Jangan ego
  • - Jangan dengki pada orang lain
  • - Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • - Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • - Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • - Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • - Jangan menggunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • - Jangan mandi selepas 9.00 malam (risiko paru-paru berair)

Perkara - perkara yang paling penting .

  • - Jangan sengaja lewatkan solat. 
  • Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • - Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). 
  • Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • - Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. 
  • Makruh kerana ia membahayakan.
  • - Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. 
  • Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • - Jangan tidur selepas solat Subuh.
  • Nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • - Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. 
  • Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • - Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. 
  • Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • - Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. 
  • Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • - Jangan biarkan mata liar di perjalanan. 
  • Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • - Jangan menangguh taubat.
  • Bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • - Jangan ego untuk meminta maaf.
  • Pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • - Jangan lupa baca doa sebelum menggauli isteri.
  • Kerana khuatir syaitan yang menggauli dahulu dan bakal mendapat zuriat susah dengar kata dan sebagainya
  • - Jangan mengumpat sesama rakan taulan. 
  • Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • - Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. 
  • Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • - Jangan bakhil untuk bersedekah. 
  • Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • - Jangan banyak ketawa. 
  • Nanti mati jiwa.
  • - Jangan biasakan berbohong.
  • kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • - Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. 
  • Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • - Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
  • Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • - Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 
  • Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Berdasarkan huraian perkara - perkara diatas, maka bolehlah dirumuskan daya ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan oleh itu janganlah sesekali melakukan atau mengamalkan perkara -perkara yang tidak memberi manfaat atau sebagainya.
Sumber - tazkirahharian.com | Just another WordPress site.

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Perkara - Perkara Yang Melemahkan Daya Ingatan "

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel