Resepi Sambal Mangga Muda Ikan Bakar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi sambal merupakan suatu makanan penambah selera kepada sesuatu hidangan makanan,terutama sekali untuk makan tengahari,malam atau sebagainya.

Resepi sambal ini kami ambil daripada resepi masyarakat melayu kelantan dan diubah suai sedikit mengikut selera serta citarasa sendiri.Bahan-bahan sangat senang diperolehi di mana-mana saja terutama sekali di kampung halaman.Kepada semua sudilah mencuba resepi sambal mangga muda ikan bakar.

Gambar di atas sambal mangga muda ikan bakar yang sudah siap di tumbuk dalam lesung batu.

Gambar di atas resepi sambal mangga muda ikan bakar yang sudah siap dan sedia untuk di hidang/makan.


Bahan-bahan seperti berikut:

  • 1 - 1 ekor ikan selayang di rebus atau di bakar.
  • 2 - Mangga muda sebelah atau ikut selera.
  • 3 - 4 biji lada atau ikut selera tahap kepedasan.

Cara-cara membuat seperti di bawah:

  • 1 - Asingkan isi ikan dengan tulangnya.
  • 2 - Masukkan isi ikan tadi ke dalam lesung batu bersama cili padi .
  • 3 - Tumbuk hingga cili dan isi ikan tadi hancur kemudian masukkan mangga muda
  • 4 - Tumbuk semua bahan-bahan tadi hingga hancur serta sebati atau ikut selera masing-masing.
  • 5 - Apabila sudah siap bolehlah dihidangkan bersama ulam-ulaman serta nasi panas.

Selamat mencuba resepi Sambal Mangga Muda ikan bakar ,pesanan kami untuk semua sambal ini sesuai dihidangkan bersama ulam - ulaman ,nasi panas ,ikan rebus goreng atau mengikut citarasa sendiri .Lebih menyelerakan lagi jika dimakan atau dinikmati bersama orang tersayang .

0 Comments