Advertisement

Resepi Sambal Belimbing Buluh


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Resepi sambal seterusnya yang ingin kami kongsikan untuk kali ini adalah resepi sambal belimbing buluh,resepi ini juga salah satu resepi daripada masyarakat melayu Kelantan berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Resepi pilihan berasaskan jimat bajet tapi sedap untuk itu kami kongsikan resepi sambal belimbing buluh ,bahan-bahan sangat mudah serta senang di perolehi terutama sekali bagi mereka yang berada di kampung halaman mahupun di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Resepi asal sambal ini telah kami olah sedikit mengikut selera serta citarasa kami , namun bahan-bahan tetap kami kekalkan . Pada semua sudi-sudilah mencuba resepi sambal belimbing buluh ini . Cara - cara membuat serta bahan-bahan seperti di bawah :

Gambar di atas antara bahan-bahan untuk membuat sambal belimbing buluh.

Sambal belimbing buluh yang sudah siap di tumbuk dengan lesung batu.

Bahan-bahan seperti di bawah:

  • 1 - 1 ekor ikan - Ikan selayang atau Ikan sardin -
  • 2 - 2 hingga 3 ulas cili padi - Ikut citarasa -
  • 3 - Setengah biji bawang merah di hiris.
  • 4 - 4 hingga 5 biji buah belimbing buluh.

Cara-cara membuat seperti berikut:

  • 1 - Bersihkan ikan,kemudian ikan tadi di rebus bersama asam keping dan sedikit garam sehingga mendidih.
  • 2 - Asingkan tulang serta isi ikan dan ketepikan dulu.
  • 3 - Masukkan cili padi dan bawang merah yang di hiris tadi ke dalam lesung batu dan tumbuk sedikit.
  • 4 - Kemudian masukkan buah belimbing buluh dan tumbuk hancur sedikit jangan terlalu lumat sangat .
  • 5 - Akhir sekali masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sedikit hingga sebati.
  • 6 - Apabila sudah sebati atau sudah siap keluarkan sambal dari lesung batu,kemudian bolehlah dihidangkan bersama ulam-ulaman serta nasi panas.

Selesailah sudah resepi sambal belimbing buluh yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami ,semoga resepi sambal ini bersesuaian dengan selera kita semua .Jika ada apa - apa pertanyaan mengenai resepi ini ,sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau komen terus disini .Selamat mencuba .

Post a Comment

0 Comments