Header Ads

Resepi biskut almond london.

Assalamualaikum dan Salam Mesra | Memang tidak dapat dinafikan biskut almond london adalah satu - satunya biskut yang terhangat didalam pasaran tidak kira dimana sahaja samaada dikampung atau bandaraya ianya sentiasa menjadi sebutan dan pilihan orang ramai .Semua orang menyukai biskut almond london terutama sekali kanak - kanak apatah lagi orang dewasa sebiji dua mungkin tidak mencukupi mungkin kerana rasa kacang badam garing didalam biskut serta bersalut coklat yang membuat setiap gigitan begitu menyedapkan .Kebanyakkan surirumah atau siapa saja ,pasti menyediakan biskut ini dikala musim - musim perayaan atau mengikut kehendakkan masing - masing .

Biskut almond london yang sudah siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.

Ramai dikalangan pengusaha - pengusaha biskut moden atau tradisional tidak melepaskan peluang menyediakan biskut almond london untuk jualan masing - masing .Tidak terkecuali juga surirumah - surirumah yang mengusahakan bisnes biskut raya secara kecil - kecilan mahupun besaran kerana ianya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi diperingkat lapisan masyarakat .Kami juga tidak terkecuali tempias menyediakan biskut almond london untuk jualan dan dihidangkan untuk kepada para tetamu .Untuk itu kami kongsikan resepi biskut almond london yang ianya mengikut cara kami dan juga citarasa kami seperti mana yang tertera dibawah .

Butter dengan gula halus dipukul hingga kembang.

Ayak kesemua tepung bersama baking powder dan gaulkan bersama serbuk badam.

Selepas butter dan gula kembang ,masukkan sebiji telur bersama esen vanilla.

Kemudian masukkan tepung dan digaul hingga memjadikan doh yang lembut.

Doh yang telah siap diuli ,rehatkan seketika.

Gentelkan doh bulat lonjong bersama kacang badam didalamnya.

Celup biskut almond london yang telah siap dibakar kedalam coklat yang telah dicairkan.

Masukkan kedalam papaer cup.

Taburkan badam cincang diatasnya.

Biskut almond london yang telah siap disediakan dan disejukkan.

Bahan - bahan seperti yang tertera dibawah.
  1. 250 gm mentega .
  2. 125 gm gula halus .
  3. 1 biji telur .
  4. 1 sudu kecil esen vanilla .
  5. 50 gm sebuk badam .
  6. 300 gm tepung gandum .
  7. 200 gm tepung jagung .
  8. 2 sudu besar tepung beras .
  9. 1 sudu kecil baking powder .
  10. 200 gm kacang badam - di goreng tanpa minyak .
  11. 50 gm kacang badam cincang - untuk hiasan .
  12. Lebih kurang 700 gm compound coklat .
  13. Paper cup .
Cara - cara penyediaan seperti yang tertera dibawah .
  • 1.Pukul mentega dengan gula hingga kembang .
  • 2.Masukkan telur ,esen vanilla dan pukul lagi .
  • 3.Masukkan serbuk badam ,kacau rata .
  • 4.Ayak bersama tepung jagung ,tepung beras ,baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi .
  • 5.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh .
  • 6.Bentukkan doh menjadi bulat - bulat kecil lonjong dan masukkan kacang badam didalamnya .
  • 7.Letakkan diatas dulang pembakar yang telah disapukan sedikit mentega .
  • 8.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit .
  • 9.Cairkan coklat compound dengan mengunakan kaedah double boil .
  • 10.Masukkan biskut tadi kedalam paper cup dan tuang atau celup coklat .
  • 11.Taburkan sedikit kacang badam diatas biskut untuk hiasan .
  • 12.Biarkan biskut kering seketika dan sedia untuk dimakan atau disimpan .
Demikianlah resepi biskut almond london untuk tontonan semua yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami .Jika anda mempunyai apa - apa pertanyaan tentang resepi ini atau resepi yang sebelumnya ,kami mohon sudi - sudilah hubungi melalui halaman About Me atau Contact Me atau juga diharapkan komen terus disini . Selamat mencuba .

Tiada ulasan

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.