Resepi Nasi Kerabu Kelantan


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Sebelum kami kongsikan resepi nasi kerabu Kelantan seeloknya kami paparkan/ceritakan serba sedikit asal - usul , kenapa - mengapa dinamakan nasi kerabu serta sejauh mana populariti .

Menurut sumber - sumber yang boleh dipercayai serta ketika sembang kedai kopi bersama warga - warga veteran di kampung halaman , campuran serta kepelbagaian ulam - ulaman yang digunakan dalam penyediaan itulah yang tercetusnya nama Nasi Kerabu .

Kebiasaannya nasi kerabu asalnya berwarna kebiruan tetapi divariasikan mengikut citarasa sendiri . Warna biru nasi terhasil daripada kelopak Bunga Telang yang boleh didapati dikampung - kampung sahaja disebadkan kesukaran memperolehi Bunga Telang warna nasi telah ditukar kepada putih , kuning , hijau atau mengikut citarasa sendiri .

Nasi kerabu sedap/enak dimakan dengan ikan kering , ayam goreng , daging bakar , telur masin keropok , budu tumis , sambal kelapa dan juga solok lada . Ulam - ulamannya pula seperti daun kesom , mentimun , daun ketereh/gajus , taugeh , bunga kantan , kacang botol , kubis atau mengikut citarasa sendiri .

Untuk menambahkan lagi kesedapan nasi kerabu , sambal kelapa serta sambal budu tumis wajib/harus disediakan kerana tanpa kedua - dua sambal ini tidak bermakna nasi kerabu , nasi kerabu begitu terkenal/popular diseluruh negeri Kelantan , Terengganu bahkan Pahang tidak terkecuali kepopularitinya .

Sepertimana di atas serba sedikit pengenalan , asal - usul serta kepopulariti nasi kerabu dari apa yang kami faham serta didalam pengetahuan kami , untuk resepi nasi kerabu seperti yang tertera di bawah :

Bahan - bahan untuk memasak nasi .

1 - Beras .
2 - Pewarna .
3 - Bunga Telang .
4 - Daun Pandan .

Cara - cara memasak nasi .

1 - Masak beras seperti biasa .
2 - Masukkan bunga telang dan kacau manja supaya rata .
3 - Jika mahukan nasi berwarna biru - Seandainya kesukaran perolehi bunga telang boleh digantikan dengan pewarna biru .
4 - Kami hanya masukkan pewarna biru dan daun pandan .
5 - Jika suka boleh juga dimasukkan 1 batang serai yang di ketuk lembut .


Makanan sampingan yang harus disediakan seperti ikan goreng celup tepong,solok lada dan daging bakar . 

Budu tumis yang sudah siap di masak .

Bahan - bahan untuk Budu Tumis .

1 - 1 cawan santan pekat - Mengikut citarasa -
2 - 7 ulas bawang merah .***
3 - 5 ulas bawang putih .***
4 - 3 biji bawang besar .***
5 - 15 tangkai cili kering .***
6 - 1 cm halia .***
7 - 1 batang serai yang diketuk .
8 - 1 keping asam gelugur .
9 - 2 sudu besar gula - Mengikut citarasa -
10 - 4 sudu besar budu - Mengikut citarasa -
11 - Sedikit gula melaka/ nisan kerek .
12 - Garam secukup rasa .

Cara - cara penyediaan budu tumis seperti yang tertera di bawah :

1 - Blenderkan ke semua bahan - bahan yang bertanda *** .bawang merah , bawang putih , bawang besar , cili kering dan halia .
2 - Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan yang diblender tadi berserta serai hingga wangi .
3 - Masukkan sedikit air dan masak hingga mendidih .
4 - Kemudian masukkan santan dan kacau sentiasa supaya santan tidak berketul - ketul .
5 - Masukkan asam gelugur , budu dan gula .
6 - Jika menggunakan budu , rasakan terlebih dahulu sebelum masukkan garam kerana pada kebiasaanya budu sudah masin .
7 - Masak lagi hingga mendidih dan pecah minyak .
8 - Bila sudah masak/pecah minyak , rasalah mengikut citarasa sendiri masin - manis , kemudian matikan api dan bolehlah diangkat dari dapur .

Sambal kelapa yang sudah siap di tumbuk dan di gaul .

Bahan - bahan untuk Sambal Kelapa .

1 - 2 - 4 ekor ikan selayang di rebus dan di ambil isi .
2 - 1 biji kelapa parut di goreng kering .
3 - 4 ulas bawang merah .
4 - 2 batang serai .
5 - Garam dan gula secukup rasa .

Cara - cara penyediaan Sambal Kelapa .

- Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit . Tumbuk semua bahan dan di gaul dengan kelapa goreng tadi . Tumbuk lagi sekali kemudian gaulkan ke semua bahan tadi . Selepas di gaul tidak perlu di tumbuk , masukkan garam dan gula gaul lagi sekali dan rasa mengikut citarasa .


Ulam - ulaman pilihan kami .

Bahan - bahan untuk Ulam - Ulaman .

1 - Daun Kesom .
2 - Mentimun .
3 - Kubis .
4 - Bunga Kantan .
5 - Taugeh .
6 - Kacang Panjang .
7 - Daun Ketereh .
8 - Kacang Botol .

Cara - cara penyediaan ulam - ulaman .

- Hiriskan kesemua bahan di atas mengikut citarasa sendiri atau di hiris nipis - nipis .

Selesai resepi pilihan kami Nasi Kerabu Kelantan yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami .Jika ada apa - apa pertanyaan atau soalan yang ingin diajukan bolehlah ke halaman About Me atau Contact Me .Moga - moga resepi yang kami kongsikan ini sesuai dengan citarasa semua . Selamat mencuba

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

3 Responses to "Resepi Nasi Kerabu Kelantan"

  1. Baca entri ni pukul 2 pagi ..buat CCL terliur dengan menu ni . Tambah-tambah nasi kerabu ni feveret CCL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jutaan Terima Kasih atas kesudian Cik Cappuccino Latte singgah disini....ditambah lagi time-time Kami sedang lena dibuai mimpi...resepi nasi kerabu , salah satu menu bisnes kami ....inilah rasa kami cara kami....Tq..

      Padam
  2. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel