Resepi Siput Sedut Masak Lemak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | " Cerithidea Obtusa " adalah nama saintifik siput sedut , ia dikategorikan sebagai siput yang boleh dimakan terutama sekali penduduk - penduduk Asia Tenggara amnya negara kita Malaysia . Siput sedut hidup di kawasan hutan bakau , alur sungai , sawah padi di sekitar Asia Pasifik ianya hidup secara semulajadi .

Siput sedut bergantung kepada air pasang surut di antara air tawar dari daratan dan air masin dari laut . Siput sedut mempunyai khasiatnya yang tersendiri sebagai contohnya lendir siput sedut boleh digunakan untuk merawat ulser perut dan juga turut digunakan oleh sesetengah jenama alat solek dalam proses pembuatannya . 

Untuk itu resepi pilihan kami kali ini akan mengongsikan resepi masak lemak siput sedut yang ianya mengikut citarasa serta cara kami , bahan - bahan serta cara - caranya seperti yang tertera di bawah .


Siput sedut yang belum dicuci bersih . 

Siput sedut dipotong pada bahagian hujung . 

Bahan - bahan yang digunakan seperti daun kadok , kunyit bawang besar dan sebagainya . 

Bahan - bahan seperti berikut :

  • 1 - 1kg siput sedut .
  • 2 - 10 - 15 biji cili padi .***
  • 3 - 2 inci kunyit hidup .***
  • 4 - 4 ulas bawang putih .***
  • 5 - 2 biji bawang besar .***
  • 6 - 2 batang serai - diketuk .
  • 7 - 2 keping asam gelugor .
  • 8 - 2 cawan santan pekat .
  • 9 - Garam dan gula secukup rasa .
  • 10 - 2 - 3 helai daun kadok/kunyit muda .
  • - Bahan yang bertanda *** di kisar halus .

Cara - cara memasak seperti yang tertera di bawah :

  • 1 - Siput sedut direndam dengan air garam seketika , kemudian cuci bersih siput sedut tadi hingga hilang lumpur dan kerat hujung siput dibahagian hujung siput sedut . ( Rujuk gambar di atas )
  • 2 - Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama serai yang sudah di ketuk/titik , asam gelugor , daun kadok/daun kunyit muda dan bahan kisar halus tadi . Kacau rata/manja dan masak hingga mendidih .
  • 3 - Masukkan santan pekat bersama 1 cawan air . Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa .
  • 4 - Tambah garam dan gula secukup rasa . Masak sekejap lagi dan rasa , jika memenuhi/mengikut citarasa bolehlah dimatikan api .
  • 5 - Angkat dari dapur dan bolehlah dihidangkan .

Selesai cara - cara dan bahan - bahan untuk penyediaan memasak resepi Siput Sedut Masak Lemak cara kami serta citarasa kami jika anda ingin merasa resepi ini dipersilakan mencuba .Cuba jangan tak cuba sedap ni ,main hisap telan je cara makan .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

4 Responses to "Resepi Siput Sedut Masak Lemak"

  1. Balasan
    1. Terima kasih bebanyak ye sudi singgah disini..Kami ada bisnes dalam makanan dan minuman...kira boleh la nak tambah duit poket hidup di Kuala Lumpur.

      Padam
  2. Lama tak makan siput sedup...nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih ...Sudi-sudilah datang sini selalu...Kami hargainya...

      Padam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel